Sukan Hari Ini

Klopp Berang Liverpool Tersingkir Piala FA

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, terkejut dengan corak bertahan yang ditunjukkan pasukannya selepas disingkirkan West Brom 3-2 dalam Piala FA di Anfield, awal pagi tadi.

Skuad Alan Pardew melakar kemenangan bagi memastikan Liverpool terkandas dalam pusingan keempat buat tahun ketiga berturut-turut.

Roberto Firmino membuka jaringan tetapi dua gol daripada Jay Rodriguez mengubah perlawanan, sebelum gol ketiga skuad Baggies tidak disahkan dan penalti Liverpool dihadiahkan melalui VAR, hanya untuk Firmino terlepas dari jarak 12 meter.

Jaringan sendiri Joel Matip pada akhir babak pertama meletakkan West Brom di kedudukan selesa, dengan gol minit ke-78 daripada Mohamed Salah sudah terlambat untuk mencetuskan kebangkitan.

Menurut laporan Stadium Astro, Klopp berang dengan cara pasukannya bertahan ketika pelawat melakukan jaringan, terutama dengan gol kedua Rodriguez dan kegagalan dengan perangkap ofsaid yang membawa kepada jaringan ketiga.

“Semua orang lihat, kami membuat kesilapan besar dan membiarkan mereka bangkit,” katanya kepada BT Sport. “Ia jelas apa yang kami lakukan. Kami memenangi bola pertama tapi kami tewas bola kedua dan ketiga. Ia tidak masuk akal.

“Kamu mesti lebih klinikal dan rembat jika tidak pasti ke mana kamu boleh hantar bola.

“Gol kedua, wow, pertahanan sangat buruk. Seluruh kumpulan terlibat dalam situasi itu, tidak begitu padat, kami membiarkan mereka bermain, membuat hantaran lintang dan penjaring gol bebas di dalam kotak. Ia bukan cara bertahan. Kemudiannya, kami tidak menggunakan peluang dengan penalti.

“Seterusnya yang gol ketiga, dalam masa tambahan pada babak pertama. Ia mesti ofsaid, sukar percaya ia tidak berlaku. Bukan mudah bertahan, kamu memberi tekanan, mereka hantar bola ke belakang dan (Craig) Dawson adalah ofsaid. Tidak, dia meraikan gol.

“Separuh masa kedua, kami menunjukkan karater, tidak ada keraguan mengenai karakter. Kami mengejar dan menjaringkan gol yang sedikit terlambat. Kami melakukan banyak perkara baik tetapi jika kamu bermula seperti ini, kamu membuat perlawanan menjadi rumit.

“Kami berusaha keras, mereka melambatkan masa, tetapi ia biasa. West Brom lebih berhak. Kami perlu menyalahkan diri kami untuk ini, ia adalah mengenai kami, tetapi pujian kepada West Brom.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");