Sukan Hari Ini

Kontrak Mata Dilanjutkan

LONDON: Jose Mourinho mendedahkan kontrak Juan Mata di Manchester United dilanjutkan setahun lagi.

Pemain tengah Sepanyol berusia 29 tahun itu menyertai Chelsea pada 2014 dan akan bersama Red Devils sehingga 2019.

Memetik laporan AFP daripada BH Online, ketika ditanya mengenai perkara itu, pengurus United, Mourinho berkata: “Ya, kontrak ditandatangani minggu lalu.”

Terdapat spekulasi sebelum ini mengenai masa depan Mata apabila Mourinho mengambil alih tugas di United pada 2016.

Spekulasi bertambah kencang selepas Red Devils membeli Alexis Sanchez dari Arsenal sekali gus menjejaskan kedudukan Mata dalam pasukan.

Bagaimanapun, Mourinho berkata awal pagi tadi: “Mata sangat penting. Cerita besar ketika saya sampai di Old Trafford satu setengah tahun lalu. Mata bermasalah tapi kini kontraknya dilanjut setahun lagi. Dia pemain penting kepada saya dan juga kelab,” kata Mourinho.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");