Jenayah

Kontraktor Cabul Anak Tiri

KOTA BHARU – Seorang kontraktor beristeri dua yang sebelum ini didakwa dua kali merogol anak tirinya, sekali lagi hadapkan ke mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan mencabul mangsa sama dan kakak mangsa pula.

Tertuduh yang berusia 54 tahun, bagaimanapun tidak mengaku salah di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Pada tuduhan pertama, tertuduh didakwa mencabul mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun, manakala pada tuduhan kedua, tertuduh didakwa mencabul mangsa yang berusia 16 tahun lapor Sinar Harian.

Kedua-dua perbuatan didakwa dilakukan di Kampung Kuar Gunong, Bachok Ogos 2016.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh diwakili peguam, Zulhilmi Mokhtar.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Februari depan dan tiada jaminan dibenarkan.

Pada 31 Disember tahun lalu, tertuduh tidak mengaku salah dua dakwaan merogol mangsa pertama yang ketika itu berusia 12 tahun pada Jun 2014 dan kedua ketika mangsa sama berusia 14 tahun pada Jun 2016.

Tarikh sama ditetapkan sebutan untuk kesemua kes tertuduh.

Mangsa dua beradik anak kepada isteri kedua tertuduh selain turut mempunyai dua anak kandung bersama wanita itu serta empat anak kandung bersama isteri pertama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");