Perak Hari Ini

Koperasi Di Perak Perlu Bergerak Aktif

MANJUNG:Kerajaan Negeri meminta agar koperasi berdaftar di Perak untuk lebih aktif dan mantap dalam membantu menjana pendapatan ahlinya.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata  lebih daripada 1,500 koperasi di Perak disaran tidak menjadi beku, tetapi perlu bergerak mencari jalan secara kreatif untuk menjana pendapatan kepada ahli koperasi.

“Kita mempunyai banyak contoh koperasi berjaya dalam negeri ini yang memiliki modal yang banyak dan menceburi perniagaan dengan pulangan besar, boleh dijadikan ikutan” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Program Lestari Modal Insan Koperasi “Kerjasama Asas Amalan Koperasi” sempena Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Persalam Manjung Bhd di Virgo Batik Resort Teluk Batik di sini hari ini.

Turut hadir sama Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

Katanya, kegiatan koperasi merupakan kegiatan ekonomi hiliran dan asas yang baik berperanan untuk menggerakkan ekonomi pada peringkat bawahan.

“Kekuatan ekonomi negara juga banyak bergantung kepada kedudukan ekonomi hiliran yang menjadi asas jadi ia perlu kukuh dan dibantu sama oleh kegiatan ekonomi sumbangan koperasi.

“Malah koperasi banyak menyumbangkan kepada ekonomi negara malah dalam konteks penyumbang kepada Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara sekitar RM42 bilion bagi tahun lepas,” katanya.

Jelasnya, Perak merupakan negeri yang mempunyai jumlah pertubuhan koperasi paling banyak dan tertua di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");