Jenayah

KPDNKK Kompaun Enam Peniaga Durian

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengenakan kompaun RM1,200 kepada enam  peniaga durian yang melanggar Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan  Akta Timbang dan Sukat 1972 di  negeri ini dalam tempoh dua minggu tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Mark Ujin berkata, satu kes dikesan di Cenderawasih, Kuantan di bawah akta berkenaan manakala dua  kes di Raub dan tiga kes di Jerantut melibatkan Akta Timbang dan Sukat 1972.

Menurutnya, dalam pemeriksaan yang dijalankan di empat premis di sekitar Cenderawasih dan Indera Mahkota kelmarin, mendapati peniaga gagal mempamerkan tanda harga ke durian yang dijual.

“Peniaga diingatkan supaya sentiasa mengemas kini penandaan harga dan mematuhi undang-undang  yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Selain itu, peniaga juga di kesan menggunakan dan memiliki alat penimbang yang tidak diperakui atau disahkan,” katanya kepada media selepas Meninjau Tanda Harga Barang pada Ops Serambi Teruntum, semalam.

Hadir sama, Ketua PenguatkuasaKPDNKK Pahang, Alwi Abdul Hamid.

Mark berkata, kesemua peniaga dikenakan kompaun atas kesalahan yang dilakukan.

Katanya, KPDNKK melakukan pemeriksaan terhadap peniaga buah terutama durian yang bersifat sementara dan bermusim.

“Selain itu, operasi ini dapat memaklumkan kepada masyarakat mengenai pentingnya ketepatan timbang dan sukat dalam perniagaan selain tidak mudah terpedaya dengan peniaga yang ingin mengambil kesempatan.

“Pemeriksaan ini akan dijalankan secara berterusan terutama di lokasi yang menjadi tumpuan pembeli hingga tamat musim durian,” katanya.

Sehingga kelmarin, sebanyak 24 kes direkodkan KPDNKK Pahang  membabitkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");