Perak Hari Ini

Kubu Perlindungan Bawah Tanah: Jabatan Warisan Sedang Kumpul Bukti

IPOH:Dua pasukan diketuai oleh Jabatan Warisan Negara telah menjalankan proses bagi mengenalpasti kesahihan maklumat dan fakta di lokasi tapak kubu perlindungan bawah tanah ditemui berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini yang dipercayai dibina tentera British semasa Perang Dunia Kedua.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata pihaknya masih menunggu kajian tersebut sebelum mengemukakan laporan kepada pihak Kerajaan Negeri.

“Setakat ini proses untuk mengesahkan fakta-fakta dan laporan masih belum lagi siap dan ia akan dikemukan kepada kerajaan negeri kita akan tunggu dan lihat keputusannya,” katanya.selepas menghadiri Pesta Pongal 1 Malaysia anjuran Gabungan Persatuan Badan Bukan Kerajaan (NGO-NGO) Prihatin Perak di Jelapang hari ini.

Jelasnya lagi, sekiranya sahih perancangan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan akan dijalankan kelak.

“Keputusan itu akan diperolehi sekurang-kurangnya penghujung bulan ini dan kini dalam proses penyelidikan dari segi komponen bahan-bahan bukti,” katanya.

Terdahulu, kubu yang berkeluasan kira-kira 9×9 meter dengan ketinggian 2.5 meter itu difahamkan boleh memuatkan antara 30 dan 40 orang pada satu-satu masa.

Malah berdasarkan kajian awal, kubu tersebut dibina sekitar tahun 1940 dan 1941 oleh kontraktor dari negara China, bagi membolehkan tentera British berlindung daripada serangan udara tentera Jepun.

Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada sesi lawatan ke tapak tersebut meminta agar kajian terperinci dilaksanakan agar bukti sahih mengenai tapak bersejarah itu dibuktikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");