Panasnya Hari Ini

Laman Portal The Rakyat: Medium BN Tangkis Berita Palsu

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mengambil langkah drastik dalam menangkis penularan berita palsu berkaitan parti itu dengan perlancaran Portal The Rakyat, disini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap di majlis perlancaran portal berkenaan berkata bahawa initiatif itu diambil sebagai persediaan buat BN menjelang Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, portal The Rakyat adalah langkah terbaharu untuk BN bagi memerangi fitnah dan berita palsu yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang.

Malah katanya, portal berkenaan dalam masa sama akan dijadikan sebagai wadah untuk kerajaan mendekati dan berhubung dengan rakyat.

“Sosial media telah mengambil alih sebagai sumber maklumat yang penting dikalangan rakyat.

“Malah, BN pernah menjadi mangsa kepada penularan berita palsu dan pelbagai sebaran fitnah yang dibuat oleh pembangkang pada Pilihan Raya yang lalu.

“Kita pernah menjadi mangsa kepada sebaran maklumat palsu dan ia dijadikan senjata penting buat pembangkang,” katanya di Majlis Pelancaran Portal TheRakyat.com, hari ini.

Justeru jelas beliau, bagi mengelak perkara sama berulang lantas BN harus mewujudkan satu platform yang boleh digunakan untuk berhubung dengan rakyat dan beritanya perlu sahih dan tepat.

Beliau juga berkata, selain mendapat maklumat rakyat juga boleh memberi pendapat dan idea untuk dimasukkan ke dalam portal tersebut.

Katanya, sebarang idea serta reaksi terhadap usaha kerajaan boleh dikemukakan menerusi penulisan artikel dan kemudiannya dimasukkan ke portal tersebut.

“Rakyat boleh mengharapkan Barisan Nasional kerana kita mempunyai visi untuk negara, perancangan dan kemampuan untuk melaksanakan segalanya dengan sistematik dan berkesan.

“Kita mahu mewujudkan satu medium dimana rakyat boleh berkomunikasi, komen dan memberi pendapat terhadap usaha kerajaan,” kata Najib.

Tambah Najib lagi, pemimpin-pemimpin BN ada agenda yang jauh lebih baik untuk negara dan tidak seperti pemimpin pihak pembangkang yang hanya mahu membalas dendam terhadap kerajaan.

“Persefahaman kita kukuh dan tidak seperti pihak pembangkang yang tidak konsisten.

“Mereka ‘consistently inconsistent’,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");