Berita Hari Ini

Lebih 64,000 Polis Bertugas Semasa PRU14

PASIR GUDANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan lebih 64,000 anggota dan pegawai di seluruh negara, bagi memastikan kelancaran perjalanan PRU14.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, mereka bakal ditugaskan di pusat mengundi dan melakukan tugasan lain berkaitan pilihan raya.

“Kita punya penggunaan yang optimum atau paling tinggi adalah pada hari mengundi sendiri.

“Kita tidak menjangkakan apa-apa masalah pada hari penamaan calon dan juga semasa tempoh berkempen di mana PDRM telah pun menjalankan latihan-latihan yang sewajarnya,” katanya menerusi laporan Sinar Online, hari ini.

Zulkifli berkata, pihaknya baru sahja selesai pusingan pertama latih amal percubaan PRU14, dan telah dapat menilai bagaimana anggota dan pegawai bertindak dalam apa jua situasi ketika pilihan raya nanti.

“Dalam awal bulan Februari ini, kita akan mengadakan latih amal pusingan yang kedua. Saya percaya dengan adanya latih amal pusiangan kedua ini, kita dapat menentukan PDRM lebih mantap untuk menangani apa-apa situasi.

“Kita tak menjangkakan apa-apa masalah, tapi kita perlu bersedia. Itu sebab kita mengadakan latih amal dan sekarang ini dalam proses untuk menentukan semua anggota dan pegawai kita yang masih lagi belum menerima latihan yang secukupnya, akan menjalani latihan,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sedang membantu untuk menguruskan perolehan peralatan yang akan digunakan.

“Kita amat perlu bagi tujuan kita boleh menjalankan tugas dengan sempurna semasa tempoh pilihan raya umum akan datang.

“Kita pun belum tahu bila (PRU) tapi PDRMsudah bersedia dengan sumber manusianya, latihan yang telah kita kendalikan dan dalam masa yang terdekat ini dengan peralatan-peralatan yang akan dibantu oleh KDN dan Kementerian Kewangan,” katanya.

Selain itu, katanya, PDRM juga akan menggunakan kira-kira 5,000 anggota pasukan sukarelawan polis (PVR) untuk ditugaskan di balai-balai polis bagi menggantikan anggota polis yang melakukan tugasan berkaitan pilihan raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");