Jenayah

Lelaki Bakar Diri, Hadapi Masalah Percintaan

SIMUNJAN: Seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai menghadapi masalah percintaan, bertindak membakar diri di rumah kekasihnya di Kampung Sageng di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu disedari penduduk yang kemudian membantu memadamkan api pada tubuh lelaki berkenaan dengan menyimbahkan air.

Selepas berjaya diselamatkan penduduk kampung, lelaki itu kemudian dikatakan terus menunggang motosikal dan balik ke rumahnya di Kampung Lot di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.42 pagi.

Katanya, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum ke rumah lelaki itu selepas dimaklumkan penduduk.

“Anggota bomba mendapati mangsa melecur 30 peratus pada bahagian badan yang terbakar selepas dia mencurahkan petrol ke tubuhnya.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Simunjan untuk tindakan lanjut,” katanya, menerusi laporan BH Online.

Beliau berkata, anggota bomba turut memeriksa lokasi kejadian dan mendapati hanya sedikit bahagian lantai rumah kekasih lelaki itu terbakar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");