Jenayah

Lelaki Jatuh Gaung Dari Puncak Gunung Nuang

HULU LANGAT: Seorang lelaki berusia 47 tahun dilaporkan jatuh dari ke gaung setinggi 100 meter ketika sedang menuruni puncak Gunung Nuang, di sini, petang tadi.

Memetik laporan Sinar Online, Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.30 petang berhubung kejadian berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Mohd Juslizad Jalil, berkata, masih belum ada sebarang maklumat rasmi berhubung keadaan mangsa sama ada masih hidup atau tidak.

Menurutnya, pasukan penyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar), Bomba, dan APM kini masih mendaki ke kawasan kejadian untuk proses menyelamat.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri telah ditemui oleh rakan-rakan pendaki lain dan dimaklumkan mengalami kecederaan di kepala. Lokasi mangsa terjatuh adalah antara puncak ke trek Pengasih yang mempunyai kecondongan 90 darjah.

“Pasukan penyelamat mula mendaki kira-kira jam 4 petang tadi dan mengambil masa kira-kira lima jam untuk sampai.

“Proses membawa turun mangsa dijangka mengambil masa agak lama memandangkan berat mangsa yang dianggarkan 100 kilogram. Ia bergantung juga dengan keadaan trek,” katanya.

Dimaklumkan operasi menyelamat menggunakan helikopter tidak dapat dibuat berikutan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");