Jenayah

Lelaki Warga Emas Dikhuatiri Lemas

JULAU, SARAWAK:  Perahu hanyut, baju dan selipar menjadi petunjuk kehilangan seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas ketika dalam perjalanan ke kebunnya di Sungai Julau di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kaha, berkata kehilangan Ukat Abon, 74, disedari oleh ahli keluarganya selepas menemui pakaian dan barang peribadi milik mangsa di dalam perahu yang dipercayai digunakannya untuk ke kebun.

Pada masa sama katanya, selipar mangsa turut ditemui anggota keluarga di tepi sungai itu yang menjadi tempatnya untuk menambat perahu.

“Mangsa dipercayai hilang pada jam 11 pagi dan hanya disedari oleh ahli keluarganya lima jam kemudian selepas menemui perahu mangsa yang hanyut kira-kira 50 meter dari lokasi tempat letak perahu.

“Anggota keluarganya kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Julau pada jam 4 petang,” katanya menerusi laporan BH Online, hari ini.

Beliau berkata, bomba tidak menolak kemungkinan mangsa hanyut ke  kawasan hilir berikutan arus sungai yang deras selepas hujan.

Susulan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sejak semalam namun belum menemui sebarang petunjuk.

“Operasi turut dibantu penduduk rumah panjang menggunakan bot. Bagaimanapun, SAR terpaksa ditangguhkan pada jam 6.32 petang semalam kerana keadaan persekitaran yang gelap dan akan meneruskannya hari ini,”  katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");