Sukan Hari Ini

Lopes utamakan pasukan bukan populariti

TERPIKAT dengan kekuatan Kelantan sebagai kuasa besar dalam Liga Malaysia (Liga-M) mendorong penyerang import kelahiran Brazil, Bruno Lopes, untuk menandatangani kontrak dan menjadi sebahagian daripada keluarga The Red Warriors (TRW) musim ini.

Lopes juga menyifatkan dirinya tidak berminat untuk mengejar ‘nama’ dan kepentingan diri, sebaliknya mengutamakan kerjasama pasukan demi kejayaan Kelantan.

“Sebagai penyerang, sudah pasti saya ingin menjaringkan seberapa banyak gol setiap kali menyertai pasukan baharu. Musim lalu, saya menjaringkan 10 gol dan harap angka itu akan bertambah musim ini.

“Namun, populariti diri bukanlah keutamaan saya di sini, sebaliknya kerjasama sepasukan dalam memburu kemenangan menjadi fokus utama,” katanya, menerusi laporan Stadium Astro.

Lopes juga gembira dan tidak sabar untuk turun beraksi menyarung jersi TRW apabila akan bermain bersama pertahanan kental, Cassio de Jesus, dan penyerang terbaik Liga 1 Indonesia, Ferdinand Sinaga, bagi membentuk kombinasi mantap skuad Kelantan.

“Jangan lupa, Kelantan juga memiliki pemain tengah terbaik seperti Dong (Do Dong-hyun) dan (Morgaro) Gomis. Saya harap kami mampu bekerjasama dengan pemain tempatan bagi meletakkan Kelantan di kedudukan terbaik dalam Liga Super musim ini,” katanya.

Untuk rekod, Lopes menjadi pilihan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) selepas gagal mengikat bekas penyerang Melaka United, Marko Simic, yang membuat keputusan beraksi bersama Persija Jakarta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");