Perak Hari Ini

‘Mahfuz Sebagai Hilang Arah’

IPOH: Dakwaan bekas pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan PAS kini dilihat tidak berprinsip dan cenderong untuk menyokong Barisan Nasional (BN) adalah satu dakwaan yang sengaja mencari ‘publisiti murahan’.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata kenyataan itu juga jelas menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Bebas Pokok Sena itu sudah kehilangan arah dalam arena politik tanah air.

“Ia merupakan kata-kata orang politik yang kecewa (akibat tidak dapat memperjuangkan agenda peribadinya).

“Sekarang ini kita lihat baik Mahfuz mahupun pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH), termasuk Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad), mereka ini sedang kehilangan arah tuju.

“Disebabkan ‘tiada modal’, mereka lebih gemar mengkritik segala gerak kerja kita,” katanya.

Jelasnya lagi, keputusan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu PAS bertanding lebih daripada 130 kerusi parlimen seluruh negara jelas menunjukan keseriusan parti itu dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.

“Kita ada polisi kita, yang berlandaskan Islam. Cerita sama ada jika kita menang dan akan berpihak sama ada kepada BN atau PH, itu cerita kemudian.

“Tetapi yang nyata, PAS akan tetap berjuang bersama jentera yang ada dan juga bersama-sama dengan Gagasan Sejahtera (GAGASAN) dalam PRU14 nanti,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ketegasan dan prinsip perjuangan PAS sangat berbeza dengan apa yang diperjuangkan PH.

“Kita masih berpegang kepada prinsip perjuangan kita yang mengetengahkan penyelesaian kepada hal-hal negara yang bertunjangkan Islam.

“Berbanding dengan mereka (PH) yang dilihat lebih selesa mahu mengembalikan semula legasi pemerintahan Tun Dr Mahathir di mana mereka dengan sendiri melantiknya sebagai calon Perdana Menteri. Tiada apa yang baru mereka tawarkan,” katanya.

Selain itu, beliau turut berkata, tindakan Mahfuz yang ‘angkat kaki’ dengan sendiri daripada PAS adalah sesuatu yang baik kepada parti.

“Kita selama ini memang tunggu dia untuk letak jawatan dan akhirnya dia sendiri yang umum terhadap keputusan demikian.

“Kita dalam parti pun ‘gembiralah’ atas keputusanya itu,” jelasnya ketika dihubungi PerakToday di sini, hari ini.

Semalam akhbar tempatan menyiarkan kenyataan Mahfuz yang mendakwa memberi undi kepada PAS adalah sama sepertu ‘menjual undi’ kepada UMNO/BN dan tutut mendakwa undi kepada PAS akan membawa ketidakstabilan politik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");