Perak Hari Ini

Mahu Jumpa Semua Penghuni Flat First Garden

IPOH:Isu kebersihan yang berlaku di Flat First Garden di sini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk wakil rakyat di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Rusnah Kassim berkata pihaknya ingin berjumpa dengan kesemua penghuni di flat berkenaan bagi memberi taklimat dan nasihat berhubung situasi flat yang kotor dan tidak terurus itu.

Katanya, pada 2 Januari lalu, pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama beberapa agensi iaitu pihak Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan wakil Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk membincangkan isu kebersihan flat berkenaan.

“Hari ini kami datang sendiri meninjau dan melihat keadaan situasi sebenar di Flat, dan mengambil maklumat dari pihak penghuni.

“Kita dapat maklumat atas bumbung semua tiada dan penghuni tidak boleh duduk di situ, cadangan telah diambil dari pihak wakil penduduk dan MBI malah Kerajaan Negeri telah memberi arahan melalui bahagian Kerajaan Tempatan Perak untuk mencari peruntukan mengecat semula bangunan

“Namun dalam perbincangan utamanya ialah membaikpulih yang mana telah rosak, jadi kita turun kebawah melihat kerosakan dan situasi sebenarnya berlaku di pangsa ini,” katanya yang ditemui pada program Gotong-Royong Membersihkan Flat First Garden Ipoh hari ini.

Program turut disertai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Jelasnya lagi, semua pihak telah menjalankan tugas termasuk pihak MBI dan Polis yang telah membuat rondaan serta beberapa tangkapan.

“Semua pihak, penduduk, jawatankuasa dan pemimpin setempat termasuklah wakil rakyat tak kira pembangkang atau kerajaan kena bekerjasama menjaga kebajikan penduduk di sini, malah dakwaan MBI tidak masuk ke kawasan ini adalah tidak betul kerana mereka telah datang beberapa kali namun diharapkan para penghuni dapat mengekalkan kebersihan setelah kita bersihkan tempat ini,” katanya.

Jelasnya lagi, Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) merupakan salah satu alternatif memastikan keselamatan penghuni.

“Saya mahu jumpa keluarga di sini bagi memberi sedikit taklimat dan cadangan malah yang paling utama berkaitan kebersihan dan kedua adalah keselamatan.

“Kawasan ini memerlukan pengerusi yang tegas dan mampu memberi arahan dan diterima oleh penghunijadi ia akan mengikut perancangan yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu bagi pihak Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata penduduk masih enggan mengubah sikap ke arah menjaga kebersihan seperti yang ditekankan pada kempen Perak Yang Bersih.

Jelasnya lagi peranan Perbadanan Pengurusan atau Management Corporation (MC) adalah penting dan perlu digerakkan oleh penguni perumahan dan komuniti.

“Pengurusan ini akan melihat semua aspek termasuk kemudahan awam yang berada di dalam bangunan ini kaki lima, pencahayaan,keselamatan,keselesaan dan sebagainya,” katanya.

Mengulas isu flat tersebut jelasnya pihak MBI dan Exco terlibat akan memastikan perancangan dan tindakan membantu menyelesaikan isu kebersihan dijalankan segera.

“Walaupun ia bukan dibawah tanggungjawab MBI secara keseluruhan tetapi mengikut akta kita perlu memastikan serta mewajibkan mereka menggerakkan jawatankuasa ini segera,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");