Berita Hari Ini

Malaysia City Brain Beri Manfaat Signifikan – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin inisiatif ‘Malaysia City Brain’ bakal memberi manfaat yang signifikan kepada rakyat negara ini.

Perdana Menteri berkata, inisiatif bandar pintar menggunakan kecerdasan buatan (AI) itu akan membawa Malaysia ke depan dalam penggunaan teknologi berkenaan.

“Tahniah MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) dan Alibaba Cloud. (Saya) gembira melihat ekosistem Artificial Intelligence Malaysia menuju selangkah ke depan menerusi inisiatif berimpak tinggi baharu, Malaysia City Brain.

“Sistem bandar pintar ini akan memanfaatkan rakyat Malaysia secara signifikan,” katanya menerusi Twitter rasminya, hari ini lapor Berita Harian.

Beliau mengulas pelancaran inisiatif Malaysia City Brain hari ini menerusi kerjasama MDEC, Alibaba Cloud dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Malaysia menjadi negara pertama yang melaksanakan sistem City Brain dibangunkan Alibaba Cloud di luar China, selaras agenda transformasi digital negara.

Fasa pertama Malaysia City Brain menyaksikan pelaksanaan sistem itu bagi meningkatkan kecekapan pengurusan trafik di ibu negara.

Ia dijangka dapat meningkatkan kelancaran trafik dan mengurangkan kesesakan, selain menjangkakan insiden atau kemalangan.

Sistem itu juga bakal dihubungkan dengan kenderaan kecemasan seperti ambulans dan polis bagi meningkatkan tempoh tindak balas menerusi kawalan lampu isyarat.

Inisiatif City Brain dipilih untuk dilaksanakan di Kuala Lumpur susulan kejayaan pelaksanaannya di Hangzhou, China yang berjaya meningkatkan 15 peratus aliran trafik.

Hangzhou juga terkeluar daripada senarai 10 bandar raya dengan trafik paling sesak di China.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");