Sukan Hari Ini

Malaysia Di Kedudukan Ke-175 FIFA

KUALA LUMPUR — Arena bola sepak negara sekali lagi menerima tamparan hebat selepas ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menunjukkan Malaysia terus  merosot  ke tangga 175 dunia.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan badan induk bola sepak dunia itu hari ini, kedudukan ke-174 dunia yang sebelum ini dihuni Malaysia berjaya dipintas Kuwait selepas mengumpul 100 mata berbanding skuad negara yang hanya mengumpul 99 mata.

Penurunan ranking itu turut menyaksikan skuad Harimau Malaya kini????? menduduki tempat ke-36 Asia dan kelapan Asia Tenggara di belakang negara jiran Singapura (173), Indonesia (160) dan Thailand (129).

Ekoran kejatuhan ranking tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan FAM hari ini menyatakan kesedian baginda untuk mengambil  sepenuhnya tanggungjawab di atas penurunan itu.

“Kedudukan terkini pasukan kebangsaan turun sekali lagi daripada kedudukan 174 ke 175. Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejatuhan kedudukan pasukan kebangsaan ini dan pada setiap kali pasukan kebangsaan kalah ataupun kedudukan menurun. Terima kasih,” titah baginda seperti dipetik di dalam kenyataan itu.

Sementara itu, juara Piala Dunia 2014, Jerman kekal di kedudukan nombor satu selepas mengumpul 1,602 mata diikuti Brazil di kedudukan kedua (1,483) dan Portugal ketiga (1,358).

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");