Perak Hari Ini

MAPS Jalin Kerjasama Dengan OWG

IPOH:Movie Animation Park Studio (MAPS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Only World Group Holdings Berhad (OWG) bagi meningkatkan strategi perniagaan serta pengurusan selain menarik kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata MoU yang ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif PKNP Datuk Aminuddin Md Desa dan Pengarah Urusan Only World Group Holdings Berhad, Tan Sri Richard Koh itu diharap dapat membuka peluang MAPS berkembang menjadi sebuah taman tema yang terkemuka di seluruh negara.

“Tan Sri Richard Koh sememangnya sangat arif dalam industri taman tema ini dan kerjasamanya untuk membantu akan memberi satu keyakinan tinggi bagi mengembangkan MAPS kelak,” katanya dalam sidang akhbar selepas meyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut hari ini.

Sementara itu menurut Aminuddin kerjasama berkaitan pengurusan itu diharap dapat membawa manfaat besar kepada MAPS kelak selain menarik kehadiran pelancong terutama pelancong asing.

“Kerjasama ini melibatkan pihak yang cukup berpengalaman dalam industri taman tema,dan cukup arif mengendalikannya jadi MAPS percaya kerjasama ini merupakan satu masa yang tepat bagi membawa mengembangkan perniagaan di MAPS,” katanya.

Bagi pihak Only World Group Holdings Berhad jelas Richard, kerjasama tersebut merupakan satu peluang besar kepada pihaknya untuk membantu dari segi pemasaran, mempromosikan keunikan MAPS serta menarik kehadiran pelancong kelak.

“Ia adalah satu peluang kepada pihak kami, dan kami sentiasa bersedia untuk berkerjsama dalam usaha mempromosikan MAPS serta membantu dari segi pengurusan dan promosi taman teman ini,” katanya.

Terdahulu syarikat OWG yang ditubuhkan pada tahun 1973 sudah tidak asing lagi dengan pengurusan taman tema dan turut terlibat dalam merekabentuk, membina dan menguruskan taman teman di negara ini seperti Wet World Shah Alam, Wet World Air Panas Pedas Resort dan Wet World Batu Pahat Village Resort serta yang paling terbaru penglibatanya dalam pembinaan Taman Tema Terbesar di Pulau Pinang yang terletak di Komtar.

Kerjasama kali ini merupakan satu kelebihan untuk MAPS dalam berkongsi kepakaran dan pengalaman yang luas dalam perniagaan taman tema bersama pihak OWG.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");