Jenayah

Maritim Malaysia Selamatkan Nelayan

KUDAT: Dua nelayan melalui detik cemas apabila enjin bot dinaiki gagal dihidupkan sebelum hanyut ke tengah laut, kira-kira enam batu nautika dari Simpang Mengayau, dekat sini, pagi tadi.

Tekong bot, Jusmari Masasil, 54, dan rakannya, Jenly Ramli@Toisin, 33, turun ke laut pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi bagi memasang pukat di perairan berhampiran Simpang Mengayau.

Pengarah Maritim Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata ketika sibuk memasang pukat, enjin bot mereka tiba-tiba mati dan usaha menghidupkan semula tidak berhasil.

“Mereka cuba mencari punca masalah enjin yang dialami sebelum mendapati paras bahan api sudah mencapai tahap minimum. Kemungkinan juga ia dimasuki air menyebabkannya tidak dapat dihidupkan.

“Selepas usaha menghidupkan enjin gagal, mereka menghubungi bilik operasi Maritim Malaysia Kudat bagi mendapatkan bantuan kecemasan pada jam 8.25 pagi tadi,” katanya menerusi laporan BH Online, hari ini.

Mohd Zubil berkata, Bot Adal 04 diarah ke lokasi sebelum menemui bot nelayan berkenaan pada jam 9.21 pagi tadi.

Katanya, kedua-dua nelayan terbabit ditemui selamat dan mereka bersama bot ditunda balik ke jeti Kampung Labuan Sama.

Dalam pada itu, Zubil berkata Maritim Malaysia Sabah sentiasa bersiap sedia setiap masa bagi memberikan bantuan kepada masyarakat maritim sekiranya berlaku kecemasan atau bencana yang berlaku di laut.

“Saya berharap semua masyarakat agar sentiasa melaporkan dan terus berhubung dengan Maritim Malaysia sekiranya berdepan dengan sebarang masalah di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");