shadow

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim (DM) 3 Lumut menahan sebuah bot nelayan tempatan kira-kira 4.4 batu nautika barat daya Pulau Talang petang semalam kerana melanggar syarat iaitu menggaji warga asing tanpa kebenaran.

Pengarahnya, Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata, dua tekong dan awak-awak warga Myanmar ditahan dalam pemeriksaan sekitar jam 5.20 petang semalam.

“Ketika ditahan didapati bot tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menggaji pekerja asing dan kru warga asing tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kedua-dua mereka ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan gagal menunjukkan surat kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, bot bersama tekong dan awak – awak kemudiannya diiringi balik ke jeti Kampong Baru dan tiba pada jam 8.00 malam untuk siasatan lanjut.

Pihak APMM DM 3 Lumut katanya akan terus meningkatkan penguatkuasaan di perairan daerah ini, dan bertindak tegas kepada mana- mana bot yang melanggar peraturan bagi mencegah aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut.

Komen & Pendapat