Jenayah

Maut Dirempuh Selepas Cuba Elak Kucing

DUNGUN – Kerana ingin menyelamatkan seekor kucing, seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang terjatuh sebelum dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Balai Besar Dungun, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Ros Shaari Abdullah, 33 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa yang bekerja sebagai polis bantuan di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Dungun dipercayai dari arah Gong Pasir menghala ke Alur Tempoyak.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Setibanya di lokasi seekor kucing dikatakan tiba-tiba melintas jalan menyebabkan mangsa cuba mengelak dari terlanggar haiwan itu.

“Bagaimanapun, mangsa terjatuh sebelum sebuah kereta jenis Nissan Almera yang datang dari arah belakang melanggarnya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");