Jenayah

Mayat Bayi Ditemui Tepi Tasik

PETALING JAYA: Mayat bayi perempuan yang sudah kembung ditemui dalam sebuah beg di tepi tasik dekat Seksyen 6, Kota Damansara, di sini, semalam.

Memetik laporan BH Online, bayi malang itu ditemui seorang lelaki warga Indonesia yang kebetulan sedang memancing di situ, kira-kira jam 5 petang.

Pada mulanya, lelaki itu dikatakan terlihat sebuah beg galas dihurungi lalat ditinggalkan di tepi tasik terbabit dan membukanya menggunakan kayu.

Sebaik dibuka, dia terkejut apabila mendapati beg itu berisi mayat bayi bogel yang dibungkus dengan beg plastik.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, penemuan mayat bayi itu kemudian dimaklumkan kepada majikan isterinya yang berniaga di kawasan berhampiran.

“Saksi memaklumkan menerima panggilan daripada suami pekerjanya, iaitu seorang lelaki warga Indonesia menjumpai beg galas berwarna hitam mengandungi mayat bayi perempuan.

“Saksi kemudian terus ke tempat kejadian sebelum memaklumkannya perkara itu kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada bayi itu baru dilahirkan atau sebaliknya.

“Punca kematian bayi itu juga hanya akan ditentukan selepas bedah siasat dilakukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");