Jenayah

Mayat Remaja Dibaham Buaya Ditemukan

KUCHING, 5 Jan: Mayat remaja lelaki yang disambar buaya dua hari lepas di Kampung Melayu Dit, Debak dekat Betong kira-kira 200 kilometer dari sini, ditemukan pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemukan bahagian badan Abang Mohamad Haikal Abang Suip, 13, tanpa kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki.

Katanya radius pencarian hari ini adalah sekitar tiga kilometer dari Kampung Buda ke Pekan Debak menyusuri sungai di mana lokasi tumpuan adalah di lapan alur sungai.

“Kira-kira 10.45 pagi, mayat mangsa ditemukan oleh anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung yang turut serta dalam pencarian. Jarak mangsa dijumpai adalah sekitar 1.5 kilometer di kawasan tanjung berdekatan Kampung Buda,” katanya, menerusi laporan Bernama, hari ini.

Ling Hii berkata mayat kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Debak untuk tindakan lanjut.

Pada Rabu (3 Jan) lepas, Abang Mohamad Haikal disambar buaya ketika sedang memancing udang bersama sepupunya di Sungai Dit, Kampung Melayu Dit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");