Perak Hari Ini

MB Perak Beri Bantuan Kepada 54 Mangsa Terjejas Banjir

MANJUNG:Seramai 54 orang penduduk di dua kampung terjejas banjir November lalu, menerima bantuan kewangan bagi meringankan masalah mereka.

Bantuan disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu majlis di Dewan Kuil Maha Mariaman, Kampung Pundut di sini hari ini.

Dua buah kampung itu ialah Kampung Dato’ Seri Kamaruddin dan Kampung Pundut.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim, Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elango dan Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Zambry semasa menyampaikan ucapannya berkata, sebarang bentuk bantuan bukannya bermusim dan tertumpu kerana musim pilihan raya umum (PRU) semata.

Malah pelbagai bantuan disalurkan secara terus dan bukannya bermusim.

“Bukan bila PRU baru nak tunjuk muka, itu bukan cara Barisan Nasional (BN) selesaikan masalah.

“Kami turun dan lihat sendiri untuk menyelesaikan setiap masalah rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya terdapat juga pihak yang hanya datang di masa-masa tertentu, khususnya menjelang pilihan raya, semata-mata untuk meraih sokongan.

“Itu bukan cara kita kerana kita akan terus datang untuk melihat agar masalah yang dihadapi rakyat selesai,” ujarnya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");