Perak Hari Ini

MB Perak,Datuk Bandar Ipoh Tinjau Suasana Malam Sekitar Ipoh

IPOH:Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turun padang meninjau suasana malam di sekitar Bandaraya Ipoh malam tadi.

Tinjauan itu turut disertai oleh Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man.

Terdahulu ,Zambry dilihat berbasikal di sekitar Bandaraya Ipoh pada sesi tinjauan mengejut itu.

Memetik kenyataan rasmi dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)tinjauan malam yang bermula sekitar jam 9 malam tadi bermula dari Jalan Raja Dihilir turut melalui Hospital Raja Permaisuri Bainun, Taman DR Seenivasagam Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dataran Stesen, Dewan Bandaran, Padang Ipoh, Jalan Sultan Idris, Hospital Pantai Puteri dan Jalan Sultan Azlan Shah.

Tinjauan malam tersebut merupakan pendekatan turun padang yang sentiasa diamalkan oleh Menteri Besar dan Datuk Bandar Ipoh untuk melihat sendiri pembangunan Bandaraya Ipoh termasuk pencahayaan dan kebersihan.

“Semoga tinjauan seumpama ini akan terus mengekalkan Ipoh sebagai Bandar Terbersih di Malaysia dan MBI sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terbaik di Malaysia,” memetik kenyataan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");