Perak Hari Ini

MBI Lancar Kaunter Bergerak Baharu

IPOH: Bagi meneruskan usaha dalam memudahkan warga bandaraya Ipoh untuk berurusan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini melancarkan ‘Kaunter Rakyat MBI’ yang baharu.

Kaunter bergerak yang diubah suai daripada van Ford Transit ini merupakan inisiatif bagi menggantikan van Mercedez Benz yang telah dibeli pada tahun 1981.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata kos pengubahsuaian van ini menjadi sebagai sebuah kaunter bergerak menelan belanja sekitar RM250 ribu.

Jelasnya, ia akan bergerak dan akan berada di beberapa lokasi sekitar Ipoh, mengikut jadual yang ditetapkan.

 

Kaunter Rakyat MBI ini akan menumpukan kawasan tumpuan umum seperti pusat membeli belah, pasar-pasar borong dan juga kawasan perumahan.

“Kaunter ini juga akan berada di mana-mana program sama ada dianjurkan oleh kita ataupun pihak agensi lain mahupun kerjaaan negeri seperti program-program pemukiman,” katanya.

Tambahnya, inisiatif yang telah diperkenalkan MBI sejak tahun 2010 ini telah memberi banyak kemudahan kepada warga bandaraya di samping membantu PBT tersebut meningkatkan jumlah kutipan bayaran bagi pelbagai perkara.

 

“Majlis telah merekodkan kutipan sebanyak RM235,170 bagi tahun 2016 dan bagi tahun 2017 pula, kita berjaya mencatatkan nilai kutipan sebanyak RM256, 030,” jelasnya kepada media selepas Majlis Perasmian Kaunter Bergerak MBI Yang Baharu di Bangunan MBI, dekat sini, pada Jumaat.

Pada masa sama, Zamri berkata, MBI turut bercadang bagi menambah bilangan Kaunter Rakyat MBI ini pada masa hadapan.

Untuk tambahan, kaunter bergerak ini menyediakan perkhidmatan pembayaran bil-bil MBI meliputi cukai taksiran, lesen perniagaan atau pengiklanan, sewaan rumah pangsa atau gerai, bil sampah dan kompaun letak kereta.

Ia beroperasi pada hari Isnin hingga Khamis, dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi MBI di talian 05-208 3294/ 3481.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");