Isu Panas

MCA Tanding Parlimen Bandar Tun Razak

CHERAS – Pimpinan Tertinggi BN memiliki kaedah tersendiri bagi menentukan calon yang bersesuaian untuk bertanding di setiap kawasan termasuklah di Parlimen Bandar Tun Razak.

Ketua BN Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Chew Yin Keen berkata, setakat ini kawasan Parlimen tersebut telah diagihkan pimpinan tertinggi BN kepada MCA untuk bertanding.

“Setakat ini kerusi Parlimen Bandar Tun Razak diagihkan kepada MCA untuk bertanding. Namun sekiranya ada sebarang perubahan, pucuk pimpinan akan umumkan kepada kita di peringkat bahagian,” katanya, semalam lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mohktar berkata, MCA yang bertanding di Bahagian itu sejak lima penggal lalu, namun kebanyakan pengundi Melayu mahu Umno mengambil alih kerusi berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");