Jenayah

Mejar Tentera Direman

GEORGETOWN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, membenarkan seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Mejar direman selama lima hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan beberapa kes penyelewengan.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Ameera Mastura Khamis, bagi membolehkan siasatan berhubung penyelewengan beberapa kontrak pembekalan dan hasil kutipan rumah inap milik ATM di Batu Ferringhi di sini, dijalankan.

Sementara itu, sumber berkata suspek berusia 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada jam 6 petang semalam.

“Penahanan suspek dibuat berdasarkan risikan dan penyiasatan terbuka dengan lebih 60 saksi bagi kes ini sudah pun dikenal pasti.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 dan 23 Akta SPRM serta Seksyen 409 Kanun Keseksaan,” katanya lapor sumber Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");