Jenayah

‘Mengapa Anda Tidak Boleh Tunggu, Ini Satu Penghinaan’

PUTRAJAYA – Seorang hakim Mahkamah Rayuan hari ini menegur peguam mewakili seorang daripada empat bekas pengarah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Sdn Bhd (GSB) kerana bertindak memfailkan semakan terhadap prosiding kes itu yang berjalan sekarang.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang mempengerusikan panel tiga hakim itu berkata panel dimaklumkan bahawa semakan terhadap sabitan telah difailkan oleh seorang peguam dan kes itu belum selesai.

“Mengapa anda tidak boleh tunggu, ini satu penghinaan, Saya berpendapat sedemikian,” kata hakim Mohtarudin yang bersidang bersama-sama hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Di luar mahkamah, peguam Datuk Harpal Singh Grewal mewakili Chin Wai Leong, 41, berkata beliau memfailkan semakan terhadap sabitan pada Selasa lepas.

Pada 12 Disember, 2017, mahkamah mendapati kempat-empat bekas pengarah GSB dan syarikat tersebut bersalah atas 293 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai lebih RM100 juta dan menetapkan hari ini untuk mendengar penghujahan dan menjatuhi hukuman.

Haim Mohtarudin berkata mahkamah sebulat suara mendapati pihak pendakwaan selaku perayu dalam kes ini telah berjaya membuktikan pertuduhan yang dihadapi kesemua responden – Ng Poh Weng, 67, Marcus Yee Yuen Seng, 65, Chin Wai Leong, 41, dan Liew Chee Wah, 63, melampaui keraguan munasabah.

Bagaimanapun, pada prosiding har ini mahkamah menangguhkan kes sehingga 11 Jan bagi penghujahan dan menjatuhi hukuman kerana Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selaku peguam utama bagi Chin, tidak hadir.

Peguam Sarah Abishegam memberitahu panel bahawa Muhammad Shafee tidak dapat hadir hari ini kerana beliau hanya dapat hadir di mahkamah esok dan memohon penangguhan.

Kempat-empat responden dituduh bersama atas 293 pertuduhan pengubahan wang haram. Mereka dan syarikat berkenaan juga dituduh secara berasingan atas lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan membebaskan mereka terhadap daripada pertuduhan.

Pada 20 Sept,ember 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebas dan melepaskan kesemua mereka selepas mendapati syarikat pelaburan itu hanya menjalankan aktiviti jual beli emas secara fizikal dan tiada bukti bahawa syarikat tersebut mengambil deposit tanpa lesen.

Pada 16 Mei, 2013, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebas dan melepaskan keempat-empat individu terbabit selepas mendapati keterangan pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan pengubahan wang haram di Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara Julai 2008 dan Jun 2009.

Mereka juga menghadapi pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di premis syarikat di Jalan Kuchai Maju 6, Persimpangan Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur, antara November 2008 dan Julai 2009 lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");