Berita Hari Ini

Menteri Wanita Islam Pertama Berucap di Parlimen Britain

LONDON – Nusrat Ghani mencipta sejarah apabila menjadi menteri wanita Islam pertama berucap di Parlimen Britain, kelmarin.

Nusrat yang baharu dilantik sebagai Menteri Pengangkutan diberi tepukan gemuruh ketika beliau menjawab soalan mengenai akses stesen untuk golongan kurang upaya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Wealden sejak 2015 dilahirkan di Kashmir, Pakistan.

Sementara itu, Setiausaha Pengangkutan Chris Grayling berkata, pelantikan Nusrat membuktikan bahawa Parti Konservatif (Tories) adalah parti yang saksama.

“Kami adalah parti yang penuh peluang…menteri wanita Islam yang yang pertama berucap di Dispitch Box.

“Tahniah buat Nusrat, saya bangga duduk di sebelah beliau,” katanya.

Nusrat, 45, pernah bertugas di BBC World Service sebelum bertanding atas tiket Parti Konservatif di Birmingham pada pilihan raya umum 2010. – BBC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");