Sukan Hari Ini

Mourinho: De Gea Perlukan Kontrak Baru

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho, menggesa pihak pengurusan pasukannya segera
menawarkan kontrak baru buat David De Gea dan memastikannya berada di Old Trafford pada dekad kedua.

De Gea kini diakui sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di dunia sejak berpindah menyertai
United ketika di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson dari Atletico Madrid pada tahun 2011.

Dia hampir kembali ke ibu kota Sepanyol untuk menyertai Real Madrid pada tahun 2015, sebelum
kesilapan pada mesin faks menyebabkan proses perpindahan itu gagal.

De Gea yang kini berusia 27 tahun bakal menamatkan kontrak sedia ada pada tahun depan dengan
pilihan lanjutan setahun, tetapi Mourinho mahukan kontrak jangka panjang.

“Sudah tentu kami tidak mahu membiarkan pilihan itu hilang begitu sahaja.

“Sudah tentu untuk sebuah kelab yang sentiasa mahu berkembang dengan baik tidak akan
membenarkan penjaga gol sepertinya pergi bersama pilihan lanjutan itu.

“Timbalan Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward, pasti akan cuba untuk menawarkan kontark
untuk memastikannya terus berada lebih lama bersama pasukan.

“Saya percayakan pihak atasan kelab dan saya tidak berbincang atau bercakap soal bayaran atau
kontrak. Apa yang saya tahu, De Gea perlu dikekalkan,” kata Mourinho, sebagaimanma dilaporkan Stadium Astro.

United bakal melayan kunjungan Stoke City pada awal pagi esok dan jika kemenangan diraih,
perbezaan mata antara Red Devils dan Manchester City akan kembali kepada 12 mata selepas
skuad bimbingan Pep Guardiola tewas 3-4 di Anfield, awal pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");