Berita Hari Ini

Najib Sedih Di Atas Pemergian Nur Aliff

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa sedih di atas pemergian adik Mohammad Nur Aliff Omar, 18 yang pulang ke rahmatullah, malam tadi akibat penyakit Duchenne Muscular Dystrophy (saraf) yang dihidapinya sejak berusia tujuh tahun.

Najib menerusi entri Twitternya @NajibRazak yang dimuatkan pada jam 12.09 tengah malam turut berkongsi kenangannya bersama Nur Aliff ketika kanak-kanak itu berkunjung ke Sri Perdana pada 2010.

“Saya masih ingat lagi waktu Allahyarham bersarapan dengan saya, meskipun menderita Dunchenne Muscular Dystrophy, Allahyarham cukup ceria dan gembira.

“Takziah kepada keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya, menerusi laporan BH Online.

Sebelum ini, Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia pernah membawa Allahyarham dari Miri, Sarawak untuk mengunjungi pemimpin nombor satu negara itu.

Selain berpeluang bersarapan bersama Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Allahyarham juga dibawa melawat bilik bacaan dan melihat ikan Arowana di Sri Perdana.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");