Berita Hari Ini

Najib Tiba Untuk Pelancaran Rangka Pembangunan Labuan

LABUAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pagi ini bagi pelancaran bersejarah rangka pembangunan Labuan.

Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Labuan pada pukul 10.18 pagi, disambut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Najib dijadual melancarkan Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) lapor Bernama.

Beliau seterusnya akan menyaksikan penyampaian surat pelantikan konsultan untuk pelaksanaan Kajian Ketidaklaksanaan Teknoekonomi cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok dan majlis menandatangani perjanjian Labuan Grand Prix of the Sea antara Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) dan Powerboat P1 Management Ltd.

Selepas itu, Najib dijadual melawat tapak pameran projek-projek pembangunan Labuan sebelum beramah-mesra dengan warga Labuan pada majlis santapan Karnival Rakyat.

Beliau akan berlepas ke Kota Kinabalu pada sebelah petang untuk beberapa program di Penampang Nabawan dan Kota Marudu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");