Perak Hari Ini

Nak Tunggu Ada Aduan Baru Bertindak

Tengah hari tadi, team Peraktoday ada memaparkan beberapa gambar penutup pembentung di jalan kelihatan berbahaya yang agak terbuka.

Bertambah teruk lagi, keadaan tar jalan disekeliling penutup pembentung pun seolah-olah makin terhakis dimana ia boleh mengancam nyawa pemandu motosikal, dan boleh merosakkan tayar kereta.

Difahamkan keadaan itu adalah disebabkan pemaju bagi projek naiktaraf Sistem Pembentungan dikawasan berkenaan. Bagaimanapun, pemaju atau kontraktor yang dilantik nampaknya menjalankan tugas mereka sambil lewa sahaja. 

Masalahnya, keadaan penutup pembentung seperti itu bukannya wujud di satu tempat saja; sebaliknya ada lebih dari 3 biji pembentung yang tidak ditutup dengan baik sepanjang laluan dari Stadium Indera Mulia sehinggalah ke kawasan Fair Park. Apa kes pemaju buat kerja macam ni.

Tak fikir ke nyawa pengguna jalan raya. Disebabkan laluan Fair Park tu agak sibuk dek kerana berhampiran dengan sekolah dan hospital maka sudah tentu penunggang motosikal dan pemandu kereta berasa bengang.

Kalau kita lihat hampir kesemua projek pun, disiapkan macam asal boleh. Pemaju janganlah teruk sangat buat kerja.

Team Peraktoday difahamkan projek berkenaan merupakan usaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Pegawai yang uruskan projek berkenaan pun tak reti-reti ke pantau pemaju buat kerja.

Jangan lah sedap sangat duduk goyang kaki dalam bilik air cond. Jenguk-jenguklah juga status perjalanan projek. Pihak pemaju sudah tentu akan ambil peluang, asalkan mereka boleh kaut untung.

Diketuk Baru Nak Bertindak, itu pun bagai tangan tak berjari hasil kerjanya.

Baru beberapa minit lalu, team Peraktoday sengaja melalui jalan yang sama dan mendapati kerja-kerja penyelenggaran penutup pembentung dilakukan.

Harap-harapnya selepas ini, tidak adalah kes-kes sebegini berlaku lagi. Ini kerana, yang menjadi mangsa sudah tentulah rakyat.

Pihak kontraktor pun, tolonglah buat kerja ikhlas sikit.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");