Membawang Hari Ini

Niena Baharun Enggan Layan Gaya Dikritik

PETALING JAYA: Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz, Niena Baharun tidak terlepas daripada kecaman netizen yang kurang senang dengan penampilannya ketika bercuti di Thailand baru-baru ini.

Bagaimanapun, Niena atau nama sebenarnya Amaniena Baharun, 24, berkata, apa yang digayakan seperti dalam foto yang dimuat naik di Instagram itu tidak keterlaluan.

“Saya rasa tidaklah seksi sangat, sebelum ini pun Niena sudah biasa pakai macam ni.

“Tetapi tidak tahu kenapa gambar ini juga orang cakap seksi, mungkin sebab saya lama menyepi mereka tidak tahu perkembangan saya,” ujarnya menerusi laporan mStar Online.

Niena diminta mengulas tentang foto bersama rakan-rakan yang bercuti di sebuah pulau di Thailand, minggu lalu dikritik tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang muslimah.

Segelintir netizen berpendapat penampilan tersebut berbeza daripada awal kemunculannya sebagai pelakon.

Sementara itu, Niena berkata, dia enggan terlalu memikirkan dan melayan komen negatif pengikut laman sosialnya.

“Saya malas nak layan komen negatif, sekarang saya sedang berehat tenangkan minda,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangan terbaharu, Niana berkata, dia bakal muncul dengan drama berjudul Dia Anak Jeneral yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");