Perak Hari Ini

Orang Islam Berjudi: NGO Perak Tampil Buat Bantahan Besar-Besaran

IPOH: Sebanyak 53 gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak tampil mendesak tindakan segera dan tegas dari pihak berwajib bagi membanteras perjudian melibatkan umat Islam di Perak.

Menurut Presiden Persatuan Budak Bus Stand Ipoh, Amiruddin Mohd Daud, hampir 90 peratus pengunjung di lapan buah pusat judi berlesen di Ipoh terutamanya terdiri daripada Orang Melayu beragama Islam.

“Kami ada membuat intipan dan tinjauan mendapati kebanyakan mereka terdiri daripada Orang Islam, dan apa yang lebih menyedihkan tiada usaha bersungguh oleh berbagai pihak berwajib yang mempunyai hak menyekat, menangkap dan mendakwa individu Islam yang berjudi dan minum arak di Kelab Seumpama ini,” katanya dalam satu sidang media khas membanteras judi dikalangan Orang Islam Perak di Polo Cafe di sini hari ini.

Terdahulu sekitar 300 orang wakil NGO hadir pada perrhimpunan tersebut yang merupakan anjuran bersama Majlis Ayahanda Negeri Perak (MAAP) dan 53 Badan bukan Kerajaan (NGO) Negeri Perak.

Jelas Amiruddin lagi, pihak NGO mendesak agar pihak berwajib antaranya seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Pihak berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM),Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mula bertindak agresif untuk menyiasat, melakukan serbuan,sekatan, menahan serta mendakwa inidvidu beragama Islam yang didapati berjudi dan meminum arak di kelab-kelab judi terutama di negeri ini.

“Pihak berwajib mestilah bertindak tegas dalam memastikan kesemua kelab judi berlesen ini mematuhi peraturan dengan tidak membenarkan Orang Islam berjudi dan meminum arak di premis mereka dan sekiranya tidak mengikuti peraturan lesen perjudian kelab perlu ditarik balik,” katanya.

Sementara itu, gabungan NGO juga mengesa agar pihak Kerajaan menubuhkan Unit Khas Dan Strategik Pembenterasan Judi Cyber dibawah Agensi Keselamatan Siber Negara (NCSA) bagi menyekat gejala judi online yang semakin berleluasa.

“Kami gabungan ingin menyuarakan kebimbangan terhadap fenomena judi online kini yang menggunakan telefon bimbit kerana pemain judi ini meliputi umur seawal 15 tahun.Judi online sangat mudah didapati, murah,lumayan dan tidak perlu berada di pusat judi

“Jika tidak dibendung negara kita dikhuatiri akan mengundang masalah sosial yang berat pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Majlis Ayahanda Negeri Perak, Datuk Halim Ramli, tindakan gabungan NGO kali ini bukanya untuk menyerang operasi pusat perjudian yang berlesen tetapi untuk menunjukkan kebencian berkaitan dengan kehadiran orang Islam ke pusat terbabit.

“Sekiranya pihak berwajib tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi bagi membuat serbuan kami badan gabungan sedia memberikan kerjasama dan membantu,” katanya.

Jelasnya lagi, premis perjudian dilihat semakin agresif tumbuh di negeri Perak dan walaupun ia berlesen tetapi masih tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

53 Gabungan NGO yang hadir antaranya Persatuan Seni Silat Warisan Syarif Syah, Pertubuhan Kebajikan Melayu Bersatu Perak, Pertubuhan Amilin Malaysia, Pertubuhan Panca Delima Merah Malaysia dan Gabungan Melayu bersatu Demi Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");