Sukan Hari Ini

Pa’din Tolak Tawaran Tugas Jurulatih

BEKAS atlet papan selaju atau ‘skateboarding’, Ahmad Fazil Musa, menolak tawaran dikemukan Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) untuk menjadi jurulatih, sebaliknya berasakan ada individu lain yang lebih layak mengisi kekosongan tersebut.

MESA pada Selasa lalu menyatakan keinginan untuk mendapatkan khidmat Fazil atau lebih dikenali sebagai Pa’din Musa bagi membimbing skuad negara sebagai persiapan ke Sukan Asia Jakarta & Palembang, dari 18 Ogos hingga 2 September depan.

Menurut laporan Stadium Astro, nama Pa’din dicadangkan berdasarkan reputasinya yang pernah meraih pingat emas dalam Kejohanan Sukan Lasak Asian X Games dalam dua edisi berlainan, di Phuket pada 2000 dan di Kuala Lumpur 2004.

Bagaimanapun, dia menyatakan pendirian untuk tidak melatih skuad kebangsaan kerana mempunyai komitmen peribadi, selain berpendapat individu seperti bekas atlet yang aktif mengadakan klinik atau melatih atlet muda sepatutnya berada di posisi berkenaan.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh menerima permintaan MESA kerana mempunyai komitmen lain.

“Dan saya rasa saya kurang sesuai mengenai kejurulatihan dalam dunia ‘skateboarding’ ini. Mungkin ada orang lebih faham,” katanya.

Pa’din turut melontarkan pendapat peribadi dengan keutamaan MESA kini sepatutnya mencari pakar dalam bidang psikologi dan jurulatih kecergasaan untuk membantu meningkatkan prestasi atlet papan selaju sedia ada.

“Pada zaman saya dulu, kami tidak ada perkara itu (jurulatih). Kami hanya membuat latihan sendiri dengan beberapa teknik,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");