Berita Hari Ini

Palestin Tidak Bergantung Kepada Bantuan AS

KUALA LUMPUR: Palestin tidak bergantung semata-mata kepada Amerika Syarikat bagi bantuan kewangan kerana banyak lagi negara yang menjadi penaja bantuan kepadanya.

Duta Besar Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha berkata, Palestin menerima bantuan daripada Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara Asia Timur seperti Jepun dan China.

“Kami (Palestin) tidak bergantung kepada Amerika Syarikat untuk dana dan jika mereka (Amerika Syarikat) memutuskan untuk menghentikan daripada menghantar bantuan kepada kami, maka ada negara lain yang bersedia untuk menaja bantuan kepada kami.

“Palestin mempunyai banyak negara sahabat dan kami berunding dengan mereka mengenai isu kami,” kata beliau kepada Bernama dalam temubual melalui telefon, di sini hari ini.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump awal hari ini berkata, Amerika Syarikat mungkin menyekat bantuan kewangan kepada Palestin jika mereka tidak bersedia untuk meneruskan rundingan damai.

Ketika ditanya berapakah bajet tahunan Palestin dan berapakah bajet itu yang meliputi bantuan asing, Anwar tidak memberi anggaran sambil berkata ia berubah bergantung kepada bidang-bidang yang memerlukan banyak bantuan.

“Bajet utama yang diperlukan ialah bagi pembinaan semula rumah dan bangunan, diikuti pembangunan ekonomi dan pendidikan,” kata beliau.

Ketika ditanya pendapatnya apabila menerima bantuan kewangan daripada negara-negara Asia Timur seperti Jepun dan China, Anwar berkata rakyat Palestin menghargai sepenuhnya bantuan daripada kedua-dua gergasi Asia itu.

“Kami amat gembira dan menghargai semua bantuan dan sokongan daripada Jepun dan China,” tambahnya.

Jepun dan China telah menzahirkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dengan memberi bantuan bernilai berbilion-bilion dan muncul sebagai perantara baharu dalam proses perdamaian antara Israel dan Palestin dikenali sebagai ‘Menuju ke Arah penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin’.

BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");