Perak Hari Ini

Parti Politik, NGO India Perlu Bersatu, Kembalikan Sokongan Pada Kerajaan-Zahid Hamidi

BAGAN DATUK:Parti politik masyarakat India, pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) diingatkan supaya bersatu padu bagi memastikan sokongan masyarakat India terhadap kerajaan naik semula.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masyarakat India perlu bersatu hati, satu perasaan satu sokongan terhadap kerajaan yang mentadbir kini.

“Hanya kerajaan ini boleh membantu jadi kita perlu bersatu padu,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Program Ramah Mesra Padu Bersama Masyarakat India dan Dun Rungkup Sempena Sambutan Ponggal di perkarangan Dewan Koil “Om Sakthi” hari ini.

Turut hadir Adun Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Presiden Padu Perak A.Gunalan.

Jelas Zahid lagi, masyarakat India juga dinasihati tidak mudah percaya dengan pihak yang akan datang menemui mereka pada ‘lima tahun sekali’.

“Mereka mesti datang cakap benda tidak baik tentang kita.Kita lahir di sini mesti cinta negara kita Malaysia, orang datang 5 tahun sekali berkempen kita marah dan percaya dia pula balik rumah dia semula tak membantu malah ia tidak bagus kita hanya akan bergaduh dan berpecah

“Kita pula tak boleh puaskan hati semua orang, jadi kita mesti bersatu padu dan perpaduan harus kita perkukuhkan,” katanya.

Katanya, pelbagai sumbangan telah diberikan kepada masyarakat India di negara ini termasuk juga bantuan di setiap sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Beliau turut menyampaikan sumbangan set ponggal gemini kepada 200 keluarga masyarakat India di Dun Rungkup.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");