Berita Hari Ini

Pasangan Diraja Tempah Penerbangan Kelas Ekonomi

SEPERTI pasangan lain, menjelang ambang 2018, Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle telah meluangkan masa bercuti bersama.

Tentunya tidak semua pasangan merpati dua sejoli dapat berkunjung ke French Riviera, tetapi mereka telah melakuannya.

Namun apa yang menariknya, lapor The Telegraph, kedua-dua personaliti yang sering menjadi tumpuan ramai ini hanya  menempah kerusi kelas ekonomi untuk ke destinasi percutian mereka.

Menurut mStar Online, sebaik memasuki pesawat itu, mereka terus ke tempat duduk dibahagian belakang pesawat.

Malahan untuk tujuan keselamatan, mereka menempah semua kerusi ekonomi di barisan akhir sebagai langkah keselamatan.

Pesawat British Airways itu terbang ke Nice, Perancis dan sebaik mendarat mereka disambut pegawai polis sempadan Perancis dengan kawalan ketat unit elit polis negara itu.

Pasangan yang telah mengikat tali pertunangan ini bakal berkahwin pada 19 Mei 2018.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");