Jenayah

Pegawai Imigresen Didakwa Gubah Wang Haram RM4 Juta

BUTTERWORTH: Seorang pegawai Jabatan Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap lapan pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram berjumlah RM4 juta sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Khairi Othman, 38, yang turut didakwa atas tuduhan rasuah sebanyak RM12.5 juta di Alor Setar, semalam, meminta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, Mohd Khairi didakwa melakukan transaksi pemindahan wang dari akaun semasa dan simpanan milik Hassan Muhammad Yusuf @ Daud, termasuk melabur di dua syarikat insurans, berjumlah RM3.9 juta memetik laporan Berita Harian.

Kesalahan terbabit dilakukan di sebuah bank di Jelutong, di sini, antara 4 September 2015 hingga 8 September 2015.

Bagi pertuduhan terakhir, tertuduh didakwa melibatkan diri dalam transaksi membabitkan aktiviti haram iaitu menggunakan RM123,767 bagi membeli sebuah motosikal jenis BMW R1200 di Simpang Ampat, pada 15 Disember 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut yang mana lebih tinggi.

Sitarun Nisa membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Februari hadapan sebagai tarikh sebutan semula serta serahan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Ghazali Muhamad Nazri, manakala tertuduh diwakili peguam Ridha Abdah Subri.

Semalam, Mohd Khairi bersama isterinya, Noorashikin Azmi, 38, dan kakaknya, Huziana Othman, 48, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan rasuah membabitkan RM12.5 juta sejak tiga tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");