Jenayah

Pelajar Perempuan Jatuh Bangunan Selepas Diserang Histeria

HULU TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan tingkatan lima dari sebuah sekolah menengah di daerah ini terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah itu, awal pagi tadi dipercayai selepas diserang histeria.

Dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, mangsa yang baru memasuki sekolah tersebut 3 Jan lalu dipercayai alami kecederaan dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut namun status keadaan mangsa setakat ini masih belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya masih dalam siasatan lanjut bagaimana mangsa boleh terjatuh dan mangsa juga turut dipercayai alami masalah kemurungan sejak kira-kira dua tahun lalu.

“Mangsa sebelum ini belajar di sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu dan baharu pindah sekolah(lokasi kejadian). Adik mangsa berumur 16 tahun juga belajar di sekolah ini dan diamanahkan untuk menjaga mangsa.

“Bapa mangsa yang pernah mengajar di sebuah madrasah di daerah ini turut menghantar mangsa ke madrasah sama bagi tujuan memulihkan masalah kemurungan dihadapi mangsa.

“Ayah mangsa juga maklumkan, mangsa sering kemurungan dan mengalami masalah halusinasi serta memaklumkan sudah dua sekolah anaknya bertukar kerana ada masalah sedemikian,” katanya memetik sumber laporan Sinar Harian.

Tambah Mohd Adli, pihak polis masih jalankan siasatan lanjut dan laporan kecederaan masih lagi dalam siasatan pihak hospital dan masih menunggu laporan kecederaan yang dialami.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");