Perak Hari Ini

Pemandu Maut Kereta Rempuh Belakang Lori

TAIPING:Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian kemalangan pagi tadi.

Menurut sumber jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat,kemalangan berlaku di kilometer 225.0 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kawasan rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang arah utara.

Kata sumber panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 6.59 pagi tadi.

“Kereta tersebut merempuh belakang lori yang sedang di bahu jalan dan mangsa telah tersepit di bahagian tempat pemandu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir,”katanya.

Operasi menyelamat tamat sekitar jam 8.10 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");