Perak Hari Ini

Pembangkang Tak Senang Dapatan Kajian PRU14 Memihak Kepada BN : Zambry

PANGKOR : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak menyambut baik beberapa dapatan kajian daripada badan-badan bebas tentang jangkaan perkembangan Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU 14) yang memberi gambaran positif kepada BN.

Bagaimanapun, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kajian tersebut tidak boleh dijadikan penanda aras yang kukuh kerana ia bakal mewujudkan perasaan cepat selesa dikalangan jentera parti.

“Saya tekankan di sini perkara itu hanya perlu dijadikan panduan.

“Biar ia dilihat realistik menerusi gerak kerja kita dan penerimaan rakyat.

“Kalau (terlalu) asyik mendengar apa yang orang cakap, ia boleh membuat kita rasa selesa yang mana ia akan memberi impak tidak baik,” katanya.

Dalam pada itu, ujarnya, keputusan kajian tersebut juga turut memberikan rasa tidak senang khususnya kepada pembangkang .

Katanya, mereka lebih gemar mendengar keputusan kajian PRU yang memihak kepada mereka dan apabila ianya memihak kepada BN, pembangkang seolah-olah mula melatah.

“Kerana itu mereka sentiasa mengulangi fitnah-fitnah jijik supaya rakyat terpedaya, walaupun ianya telah dijawab beberapa kali.

“Ditambah pula, mereka mula menerbitkan beberapa tulisan di laman-laman portal berita tertentu yang menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri Perak terlalu teruk, menerusi beberapa fakta yang dimanipulasi.

“Kepada penulis berkenaan, saya hanya ingin menyampaikan sebuah senyuman sahaja kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pembestarian Pendidikan Pangkor 2018, di SMK Pangkor, dekat sini, pada Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata demikian sebagai mengulas kenyataan satu artikel dari sebuah portal berita pro-pembanngkang yang menafikan beberapa kajian dan analisis yang menyebut BN akan kekal di Perak pada pasca PRU14.

Artikel yang diterbitkan pada kelmarin itu turut mempersoalkan kredibiliti kajian tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");