Perak Hari Ini

Pemilihan Atlet Berkualiti Penting Wakili MAKSAK Perak

IPOH:Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Perak mensasarkan penyertaan bagi semua 37 acara yang akan dipertandingkan pada kejohanan tersebut tahun ini.

Timbalan Yang Dipertua MAKSAK Perak Datuk Ghazali Jalal berkata bagi tahun ini sebanyak 37 acara disusun dalam kalendar MAKSAK Malaysia dan MAKSAK Perak bakal menyertai semua acara dengan sasaran menakluki tempat ketiga secara keseluruhan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis pemberian insentif MAKSAK bagi tahun 2016/2017 di Casuarina@ Meru di sini hari ini.

Katanya, majlis pemberian insentif adalah tanda menghargai penghargaan dalam kejohanan yang telah disertai untuk tahun 2016/2017 dan menyuntik semangat para atlet yang terlibat.

“Bagi tahun 2016, MAKSAK Perak mendapat tempat ke-4 daripada 18 ahli badan gabungan dengan pungutan mata 184 dengan mendapat johan dan berkongsi tempat kedua dan ketiga dalam 20 acara yang disertai.

“Namun pada tahun lepas agak malang buat kita bagi acara terakhir kurang menyerlah MAKSAK jatuh ke anak tangga kelima iaitu ketinggalan satu mata dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan 138 manakala ATM 139 mata,” katanya.

Jelasnya, penuruan kedudukan pada tahun lepas disebabkan perubahan format oleh MAKSAK Malaysia iaitu sukan tradisional yang selalu beri banyak mata tidak dipertandingan dan jadi sukan dwi tahunan.

“Bagaimanapun kita tetap mengekalkan momentum kejayaan dalam beberapa acara lain yang tidak diletakkan sasaran awal pula menduduki podium,” katanya.

Jelasnya, bagi mencapai sasaran ini MAKSAK Perak telah membuat analisis dan meletakkan sasaran bagi sesetengah acaradan kejohanan yang akan dipertandingkan sembilan acara di johan, 7 acara tempat kedua atau johan,baki 20 acara sekuranganya tempat ketiga.

“Semua pengerusi pengurus acara sukan dilantik membuat persiapan awal dapat kedudukan terbaik dalam semua acara yang akan dipertandingkan sebagai persiapan galak cari sumber pembiayaan luar sesuai itu tatacara dibenarkan tak bergantung sepenuhnya pada maksak Perak,” katanya.

Katanya, pemilihan atlet yang berkualiti untuk mewakili MAKSAK Perak dalam semua acara perlu selain memastikan tiada politik pengurusan dan unsur kronisme yang menganggu proses pemilihan atlet.

Terdapat tiga kejohanan MAKSAK Malaysia bakal berlangsung iaitu kejohanan badminton MAKSAK pada 8-14 Febuari di Selangor,kejohanan ping pong pada 8-11 Mac ini di kelantan dan kejohanan bola tampar MAKSAK Malaysia pada 22-25 Mac di Alor Setar Kedah.

Antara pasukan yang menerima insentif pada majlis itu, ialah Futsal Wanita, Badminton, Golf dan Boling Padang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");