Perak Hari Ini

Pemimpin UMNO, BN Jangan Tahu Mengutuk Sahaja Tunjuk Bukti ‘Buku Rekod’

KAMPUNG GAJAH:Para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) disaran supaya menghadapi persaingan pilihan raya umum akan datang dengan sikap rasional serta menunjukkan ‘Buku Rekod’ kejayaan masing-masing yang telah dikecapi selama ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pemimpin muda kini lebih gemar menunjukkan kehebatan dengan bertindak mengutuk dan menghina pihak lain mengikut emosi semata.

“Pihak Barisan Nasional sepatutnya tak perlu kisah mengenai tindakan pembangkang termasuk memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri jika calon pakatan itu lemah tiada calon lagi baguslah kenapa nak bising-bising, Tun Mahathir telah berumur pasti tidak mampu mentadbir,” katanya mengulas pemilihan bekas Perdana Menteri itu sebagai calon Pakatan Harapan pada pilihan raya umum kelak.

Jelasnya lagi,pengundi pastinya muak apabila pemimpin gemar bercakap kebudak-budakan dan tidak rasional malah hanya tahu mengikut nafsu.

“Dahulu dia seorang yang hebat kini faktor umur, tenaga sepatutnya calon lebih hebat bertenaga..eloklah bagi calon begitu senang kita membuat kerja tak perlu cucuk-cucuk pertikaikan tak ada calon lebih elok lagi kuat lagi, tak mendatangkan faedah sekiranya mereka berubah fikiran tukar calon hebat apa implikasi pada kita,” katanya.

“Orang tak suka kita mengutuk menghina orang walaupun kepada musuh tidak boleh begitu,” katanya.

Sebaliknya pemimpin UMNO perlu menunjukkan contoh yang baik selain perlu berhemah,bermaruah,rasional serta berhujah atas dasar fakta dan bukannya bertindak mengutuk.

“Tidakan mengutuk tidak akan mendatangkan keuntungan dalam dunia politik ini dan menambat hati orang ramai.

“Mahathir juga mungkin tidak layak kerana telah berusia kerana tugas Perdana Menteri memerlukan kekuatan daripada segala segi termasuk stamina jadi biarlah jadi calon yang lemah rakyat tidak akan sokong rakyat tidak akan pilih,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");