Membawang Hari Ini

Peminat Lega Farid Kembali Di Laman Sosial

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, dilihat kembali berkongsi status di Instagram semalam, sekali gus melegakan pengikutnya.

Menurut BH Online,kali terakhir aktor berusia 37 tahun itu berbuat demikian ialah pada 7 Januari lalu, empat hari sebelum dirinya ditahan di balai polis Kota Damansara, selepas dipercayai menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam.

Menerusi perkongsian baharu di akaun @faridkamilz, beliau mempromosikan drama bersiri lakonannya, Lafazkan Kalimah Cintamu, yang mula disiarkan sejak 15 Januari lalu di sebuah saluran berbayar.

Walau hanya meletakkan status ‘Now Showing’ yang disertakan poster promosi dengan menunjukkan gambarnya dengan dua pelakon lain, entri berkenaan meraih hampir 50,000 ‘like’.

Beliau turut menerima 1,600 komen daripada peminat yang menyatakan rasa lega di atas perkembangan aktor terbabit, selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000.

Peminat suami kepada Datin Diana Danielle itu juga turut mendoakan kesejahteraannya dan meminta Farid terus tabah berdepan dugaan dalam kehidupannya.

Instagram pelakon Tombiruo itu diikuti oleh lebih 768,000 orang.

Selain Farid, drama arahan Along Kamaludin itu turut diperkuatkan oleh Nelydia Senrose, Azri Iskandar, Liza Abdullah dan Nadiyah Shahab.

Terdahulu, selepas ditahan reman lima hari dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin, beliau dipercayai masih berada di hospital menjalani pemeriksaan kesihatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");