Jenayah

Penduduk Berkas Suspek Curi Motosikal

SUNGAI BULOH: Seorang lelaki ditahan orang awam ketika cuba mencuri motosikal di Pangsapuri Laguna Biru, dekat Kuang, di sini, awal pagi tadi.

Sebelum itu, penduduk yang baru pulang dari kerja kira-kira jam 6.30 pagi terlihat dua lelaki cuba mematahkan pemegang motosikal jenis Yamaha Y15 yang diletakkan di kawasan parkir Blok E pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S Somu, berkata penduduk yang curiga dengan perbuatan dua lelaki itu terus menghampiri mereka sebelum seorang daripada suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal.

“Seorang lagi suspek ditahan orang awam.

“Dia dihantar ke Hospital Sungai Buloh kerana cedera dipercayai akibat bergelut ketika hendak ditahan,” katanya menerusi laporan BH Online, hari ini.

Somu berkata, siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati dua motosikal penduduk rosak pada bahagian pemegang dipercayai untuk dicuri.

Tambah beliau, semakan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berhubung kes samun berkumpulan bersenjata.

Katanya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan bagi mengesan dua lagi suspek yang masih bebas dan dipercayai terbabit dengan kes itu.’

“Suspek berusia 26 tahun itu direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");