Sukan Hari Ini

Pengiktirafan Atlet Terbaik Malaysia

BUAT julung kalinya, Astro Arena bakal menganjurkan Anugerah Jagoan Nadi Arena bagi memberi penghargaan kepada atlet Malaysia yang meraih pencapaian terhebat sepanjang tahun.

Editor Pengurusan, Berita dan Majalah Astro Arena, Ahmad Khawari Mohd Isa berkata, anugerah itu satu pengiktirafan yang baik untuk atlet di Malaysia, memandangkan ianya diundi semua pemegang taruh sukan Malaysia yang terdiri daripada peminat, persatuan sukan dan penggiat media sukan.

“Penilaian anugerah ini berdasarkan pencapaian semata-mata, sebaliknya setiap atlet juga perlu mempunyai pakej lengkap iaitu dari segi perwatakan, kewibawaan dan mampu memberi kesan kepada masyarakat.

“Kita senaraikan lima finalis berpeluang menggondol anugerah iaitu Azizulhasni Awang, Cheong Jun Hong, Ziyad Zolkefli, Shalin Zulkifli dan Khairul Hafiz Jantan.

“Selain penggiat media dan persatuan sukan setiap negeri akan memberi undian kepada atlet ini, kita buka undian kepada peminat-peminat sukan sejak 2 Januari lalu di laman undian di laman web kami,” katanya.

Pemenang anugerah ini akan diumumkan pada 13 Januari  2018 di Nadi Arena pada jam 1 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");