Jenayah

Pensyarah Muzik Maut, Sesak Nafas Selepas Bayar Tol

DUNGUN: Sesak nafas selepas bayar tol. Tutup mata selepas mendapatkan rawatan. Hasrat menemui rakan juga tidak kesampaian.

Nasib itu menimpa Che Ku Mohd Rafi Che Ku Li, seorang pensyarah muzik berusia 47 tahun di Institut Perguruan Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit Terengganu.

Kejadian berlaku di Plaza Tol Bukit Besi, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) apabila allahyarham alami sesak nafas secara tiba-tiba selepas selesai membayar tol.

Selesai membayar tol, mangsa yang merasakan sesuatu luar biasa bertindak memberhentikan kenderaan sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bandar Bukit Besi Dungun untuk mendapatkan rawatan kecemasan oleh pasukan peronda lebuh raya.

Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia sejam kemudian pada pukul 10:45 malam tadi lapor Astro Awani.

Semasa kejadian, allahyarham dalam perjalanan dari kediamannya di Batu Rakit untuk bertemu rakannya di Dungun, kira-kira sejam perjalanan melalui LPT2.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Polis yang dihubungi sahkan kejadian dan mengklasifikan kes sebagai mati mengejut

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");