Jenayah

Penunggang Bogel ‘Ronda’ Teluk Intan

TELUK INTAN: Seorang lelaki tidak dikenali menarik perhatian ramai apabila membawa motosikal dalam keadaan bogel sambal ‘makan angin’ keliling bandar ini.

Beberapa video yang dirakam telah viral di media sosial.

Sekurang-kurangnya dua video telah tersebar menerusi Facebook, manakala satu lagi yang berdurasi lapan saat turut mendapat ‘liputan’ di aplikasi WhatsApp memetik sumber Mstar Online.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada tengah hari Jumaat, apabila video terawal dikesan adalah pada pukul 1 petang.

Dengan hanya memakai sepasang selipar, lelaki berkenaan kelihatan tenang sambil ‘ronda-ronda’ sekitar bandar ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzhuki Mohd Mokhtar berkata, tiada laporan mengenai perkara itu diterima.

“Bagaimanapun polis sedang mengesan lelaki berkenaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");